PERJUMPAAN PENGARAH BERSAMA KAKITANGAN GOAL-ITQAN BIL.1/2016

8 April 2016 (Jumaat)
10.00 pagi
Dewan Senat, Aras 3, Bangunan Canselori
 
 

Perjumpaan kali pertama ini memberi fokus khusus untuk memaklumkan perkara berikut:

  • Kelulusan JKPU dan tindakan susulan berkaitan
  • Pecahan fungsi bahagian berlainan di GOAL-ITQAN
  • Cadangan carta organisasi jabatan
  • Fokus dan halatuju jabatan
  • Cadangan penempatan GOAL-ITQAN
  • Perubahan paradigma yang perlu diamati oleh kesemua ahli

Perjumpaan bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Sesi dimulakan dengan ucaptama dan aluan oleh Pengarah dan diikuti dengan tayangan video ucapan Timbalan Pengarah Bahagian Akreditasi dan Jaminan Kualiti, serta ucapan dari Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan dan Perkembangan ICT. Sesi disambung dengan ucapan Ketua-Ketua Bahagian ICT, serta taklimat oleh Penolong Pendaftar Pejabat Pengarah. Majlis diikuti dengan sesi melontarkan pandangan dan pendapat.

Kesemua ahli mengambil maklum dengan ucapan dan taklimat yang disampaikan oleh Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Bahagian, dan Penolong Pendaftar GOAL-ITQAN. Beberapa pandangan dilontarkan oleh peserta seperti berikut:

  • Wakil daripada Bahagian Pembangunan & Perkembangan ICT mencadangkan agar disediakan ‘partition’ bagi keselesaan kakitangan dan juga disediakan sebuah bilik yang sesuai untuk menempatkan anak-anak pada waktu cuti sekolah.
  • Wakil daripada Kampus Pandan Indah memohon agar seorang kakitangan dapat ditempatkan di Kampus Pandan Indah bagi membantu menjaga sistem memandangkan hanya beliau seorang yang bertugas buat masa ini.

Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh Pengarah GOAL-ITQAN dan bersurai pada jam 12.00 tengahari.

 

GAMBAR PROGRAM:

 

     Centre for Global Open Access Learning - 
     Immersive Technology & Quality Assurance (GOAL-ITQAN)
     Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
     71800 Bandar Baru Nilai, N.Sembilan, Malaysia
     E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
     Phone : +6067986042 / 6041