TAKLIMAT PENUBUHAN GOAL-ITQAN KEPADA KETUA-KETUA JABATAN

28 April 2016 (Khamis)
3.00 petang
Galeri USIM, Aras 1, Bangunan Canselori
 
 
Taklimat anjuran Pejabat Naib Canselor ini memberi fokus khusus untuk memaklumkan perkara berikut:
  • Carta organisasi jabatan
  • Pecahan fungsi bahagian berlainan di GOAL-ITQAN
  • Fokus dan halatuju jabatan
  • Penempatan GOAL-ITQAN

Taklimat bermula jam 3.00 petang dengan GOAL-ITQAN diwakili oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan & Perkembangan ICT, Dr. Mohd Zalisham Jali. Kesemua ahli mengambil maklum dengan ucapan dan taklimat yang disampaikan oleh GOAL-ITQAN dengan beberapa pandangan dilontarkan oleh peserta seperti berikut:

  • Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan memohon pembangunan agar sistem e-Akademik dapat diutamakan bagi memastikan perekodan penyelidikan dan penerbitan USIM dapat diperkemas.
  • Wakil daripada Bahagian Penerbitan memohon agar fungsi latihan yang dijalankan oleh Pusat Integrasi Ilmu Naqli & Aqli (PIINA) dan Bahagian Inovasi P&P GOAL-ITQAN dapat diselaraskan bagi mengelakkan kakitangan akademik keliru dengan keperluan latihan di USIM.

Majlis diikuti dengan penerangan tentang QS Ranking, dan pencapaian Pelan Strategik USIM oleh Pengarah PPKPK, sebelum diakhiri dengan penggulungan oleh Naib Canselor USIM. Majlis bersurai pada jam 5.15 petang.

 

GAMBAR PROGRAM:

 

  PUSAT PEMBELAJARAN AKSES TERBUKA GLOBAL,
 TEKNOLOGI IMERSIF & JAMINAN KUALITI (GOAL-ITQAN)
 Universiti Sains Islam Malaysia
 Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai
 Negeri Sembilan
 No Tel : +606-798 6042
 No Fax: +606-798 6050