MAJLIS MAKAN MALAM USIM - COL

3 Mei 2016 (Selasa)
8.00 malam
Restoran Zest, Hotel Marriot, Putrajaya
 
 

Majlis makan malam bersama wakil Commonwealth of Learning (COL) yang berpengkalan di Vancouver, Canada ini dihadiri oleh Naib Canselor USIM,; Prof. Dato' Dr. Musa Ahmad, Penasihat e-Pembelajaran COL; Prof. Dr. Sanjaya Mishra, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) USIM, Pengarah GOAL-ITQAN, Pengarah USIM 'Alamiyyah, Timbalan Pengarah GOAL-ITQAN, serta Penolong Pendaftar GOAL-ITQAN.

Makan malam ini dianjurkan sempena kehadiran wakil COL ke Malaysia bagi penganjuran Bengkel Pembangunan polisi OER Commonwealth bersama pakar-pakar dari serata dunia, serta wakil IPT di Malaysia. USIM mengambil kesempatan ini untuk membincangkan beberapa cadangan kerjasama dalam aspek pembangunan pembelajaran berasaskan teknologi dengan beberapa cadangan usahasama dilontarkan oleh seperti berikut:

  • Mengkaji dan menilai keberkesanan integrasi ICT dalam pembelajaran dan pengajaran di USIM
  • Membangunkan kursus ICT dalam bentuk ODL penuh sebagai kursus OER
  • USIM menjadi urus setia pembangunan polisi OER nasional (Malaysia) 

Naib Canselor secara umum bersetuju dengan cadangan usahasama ini, dan berharap agar ianya dapat direalisasikan dengan dikelolakan oleh GOAL-ITQAN. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sekitar jam 10.00 malam.

 

GAMBAR PROGRAM:

     Centre for Global Open Access Learning - 
     Immersive Technology & Quality Assurance (GOAL-ITQAN)
     Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
     71800 Bandar Baru Nilai, N.Sembilan, Malaysia
     E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
     Phone : +6067986042 / 6041