PERASMIAN LEARNING SPACE USIM

10 May 2016 (Selasa)
3.30 petang
Fakulti Pengajian Quran & Sunnah (FPQS) & Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP)
 

USIM telah membangunkan 2 learning space bermula Nov 2015 dengan objektif berikut:

  • Menggalakkan pembelajaran secara berkumpulan di luar waktu kelas, sekali gus menggalakkan pelajar bersedia sebelum kuliah.
  • Menyediakan ruang khas untuk pelajar membincangkan bahan pembelajaran dalam persekitaran terbuka tanpa mengganggu pelajar lain menelaah (berbeza dengan persekitaran perpustakaan)
  • Membudayakan kaedah flipped classroom.
  • Menyediakan alternatif untuk pensyarah meneroka pembelajaran luar kelas.
  • Memberikan ruang yang interaktif dan vibrant untuk pelajar menelaah.
  • Mengoptimumkan penggunaan OER dan peranti mudah alih (mobile) dalam aktiviti pembelajaran pelajar
  • Menjadi showcase kepada pelawat USIM.

Majlis ringkas ini melibatkan aktiviti lawatan, perbincangan bersama pelajar / pengguna learning space, serta menandatangai plak perasmian learning space di kedua-dua learning space USIM, iaitu di Aras 2 FPQS, dan Aras 2 FKP. Majlis dimulakan dengan lawatan ke learning space di FPQS. Turut hadir di FPQS adalah Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Pengarah GOAL-ITQAN, serta wakil Dekan FPQS. Usai menandatangani plak perasmian di FPQS, majlis bergerak ke FKP bagi perasmian learning space di FKP. Turut hadir pada acara ini bersama-sama NC, TNC (A&A), dan Pengarah GOAL-ITQAN adalah Dekan FKP.

Setiap learning space dilengkapi dengan kemudahan panel menulis (white board), kerusi mudah alih dengan storan bawah, serta plug elektrik bagi membolehkan pelajar menjalankan aktiviti yang memerlukan perkakasan elektronik. Pihak GOAL-ITQAN selaku pembangun ruang juga telah menyediakan satu kaji selidik bagi menilai keberkesanan ruang, serta mengumpul maklumat penambahbaikan diperlukan terus dari pengguna ruang ini. Pautan kaji selidik ini boleh diakses secara atas talian melalui QR yang dilekatkan di salah satu dinding ruangan ini. Selain itu, pautan kepada borang ini juga boleh didapati pada GOALS, serta telah dipanjangkan kepada warga akademik dan pentadbiran fakulti.

Dihasratkan agar ruangan ini dapat dikembangkan ke semua fakulti mengikut fasa pembangunan agar kemudahan ini dapat digunakan oleh kesemua pelajar dari semua fakulti di USIM.

Majlis diakhiri sekitar jam 4.00 petang.

 

GAMBAR PROGRAM:

 

 

     Centre for Global Open Access Learning - 
     Immersive Technology & Quality Assurance (GOAL-ITQAN)
     Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
     71800 Bandar Baru Nilai, N.Sembilan, Malaysia
     E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
     Phone : +6067986042 / 6041