LAWATAN KERJA DARI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

20 Jun 2016 (Isnin)
9.30 pagi
Dewan Senat, Aras 3, Bangunan Canselori
 
 

Seramai 32 kakitangan dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah hadir ke USIM bagi satu sesi lawatan kerja rasmi dengan objektif untuk berkongsi dan mempelajari tentang Sistem Maklumat Universiti (SMU). Lawatan ini diketuai oleh Ketua Pegawai Maklumat (CIO) UPNM, Kol Zulkefli bin Abdullah, dan turut disertai oleh Pendaftar, Bendahari, Ketua Pustakawan, Ketua Pusat Teknologi Maklumat, serta beberapa ketua Bahagian / Pusat, serta Dekan Fakulti.

Program dimulakan dengan ucapan aluan dari Pengarah GOAL-ITQAN yang juga merupakan CIO USIM, Prof. Dr. Rozhan M. Idrus. Beliau mengalu-alukan kehadiran delegasi UPNM, dan memberikan penerangan tentang rangka strategik jabatan. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan balas dari CIO UPNM yang mengucapkan terima kasih di atas kesudian USIM menerima lawatan dari pihak mereka. Selain itu juga, beliau turut menerangkan tujuan lawatan diadakan. Sesi disambung dengan penerangan tentang SMU USIM oleh Timbalan Pengarah (Bahagian Pembangunan dan Perkembangan ICT), Dr. Mohd Zalisham Jali.

     "USIM mengkategorikan SMU kepada 8 kluster, iaitu kluster perancangan strategik, pengurusan maklumat, sumber manusia, kewangan dan pengurusan aset, pengurusan akademik, hal ehwal pelajar, penyelidikan dan inovasi, serta pengurusan fasiliti " katanya semasa penerangan.

Pada majlis itu, turut diadakan sesi soal jawab terbuka yang mana pihak UPNM telah bertanyakan pelbagai soalan berkaitan kaedah terbaik pembangunan sistem, pengintegrasian sistem, pembudayaan, serta penyenggaraan sistem. Soalan diajukan dijawab oleh Ketua-Ketua Bahagian ICT, serta dibantu oleh Timbalan Pengarah, dan juga Pegawai dari Jabatan Bendahari dan Jabatan Pendaftar USIM.

Majlis tamat sekitar jam 12.30 tengah hari, dan diakhiri dengan sesi bergambar.

 

GAMBAR PROGRAM:

 

     Centre for Global Open Access Learning - 
     Immersive Technology & Quality Assurance (GOAL-ITQAN)
     Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
     71800 Bandar Baru Nilai, N.Sembilan, Malaysia
     E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
     Phone : +6067986042 / 6041