PROGRAM SUMBANGAN KOMPUTER CSR

 
Pihak GOAL-ITQAN USIM di bawah Projek CSR (Corporate Social Responsibility) telah menerima permohonan sumbangan komputer terpakai daripada tiga buah sekolah berdekatan. Ini adalah bertujuan untuk melengkapkan makmal komputer sekolah masing-masing. Sumbangan ini telah dilaksanakan pada 6, 11 dan 24 Mei 2016 bertempat di Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum Nilai, Sekolah Rendah Islam SRI Al-Amin Nilai dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Said Nilai. Sehubungan itu, 15 unit komputer yang masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan telah dikenalpasti dan telah di bawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pelupusan Aset Bil 1/2016. Agihan sumbangan ini adalah menyokong skop pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah selain dapat meringankan beban kewangan sekolah dalam menyediakan infrastruktur asas pengajaran dan pembelajaran disamping mendekatkan USIM kepada masyarakat melalui projek CSR.
 
 
 
 
Laporan oleh:
Thuraiya Budah @ Udah
Pegawai Teknologi Maklumat GOAL-ITQAN
Ketua Unit Operasi & Khdimat Pengguna

 

     Centre for Global Open Access Learning - 
     Immersive Technology & Quality Assurance (GOAL-ITQAN)
     Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
     71800 Bandar Baru Nilai, N.Sembilan, Malaysia
     E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
     Phone : +6067986042 / 6041