PENYEDIAAN KIOSK PELAJAR

 
Melihat kepada keperluan yang tinggi bagi pelajar untuk akses kepada sistem berkaitan, juga atas justifikasi meningkatkan kemudahan prasarana dan fasiliti universiti, Projek Kiosk Pelajar dicadangkan dilaksanakan. Sebanyak 4 lokasi telah dikenalpasti bersama dengan pengguna sebagai lokasi strategik tumpuan pelajar iaitu di Kolej Kediaman 1, Pusat Khidmat Pelajar, Fakulti Sains Teknologi dan Pusat Kesihatan Universiti. Tidak ketinggalan juga ia turut dipasang di Bangunan GOAL-ITQAN. Pemasangan telah selesai dilaksanakan pada akhir bulan Jun 2016 mengambilkira faktor keselamatan yang turut dititikberatkan. Kemudahan Kiosk Pelajar ini adalah penting setelah melihat kepada kurangnya penggunaan sistem maklumat di kalangan pelajar sendiri. Ini berikutan terdapat sistem yang memerlukan pelajar sentiasa peka dan memberi perhatian. Antaranya adalah sistem berhubung kehadiran kuliah di mana akan ada implikasi kepada pelajar seperti dihalang daripada menduduki peperiksaan.  
 
 
 
 
 
 
Laporan oleh:
Thuraiya Budah @ Udah
Pegawai Teknologi Maklumat GOAL-ITQAN
Ketua Unit Operasi & Khdimat Pengguna

 

  PUSAT PEMBELAJARAN AKSES TERBUKA GLOBAL,
 TEKNOLOGI IMERSIF & JAMINAN KUALITI (GOAL-ITQAN)
 Universiti Sains Islam Malaysia
 Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai
 Negeri Sembilan
 No Tel : +606-798 6042
 No Fax: +606-798 6050