INOVASI P&P USIM DIIKTIRAF DI IUCEL 2016

21 September 2016,
Dewan Sultan Iskandar,
Universiti Teknologi Malaysia, Johor 
 

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyertai Karnival e-Pembelajaran Universiti peringkat Antarabangsa / International University Carnival on e-Learning (IUCEL) yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM). USIM mempertandingkan 16 penyertaan dengan 13 penyertaan di dalam kategori Invention, Innovation & Design on e-Learning (IIDEL), manakala 3 penyertaan bagi kategori Anugerah Institusi Pendidikan Tinggi. Peserta USIM terdiri daripada kakitangan Pusat Pembelajaran Akses Terbuka Global, Teknologi Imersif dan Jaminan Kualiti (GOAL-ITQAN), serta pensyarah Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU). 

8 daripada 13 penyertaan telah menerima anugerah. Senarai penuh pemenang adalah seperti berikut:

Bil.

Tajuk

Ahli

Anugerah

Award

1.

GOALS (Global Open Access Learning System)

GOAL-ITQAN (BIPP)

Best Learning Management System (Customized)

Invention, Innovation & Design on e-Learning (IIDEL)  

1.

RAVD

  1. Prof. Dr. Rozhan M. Idrus
  2. En. Mohamad Faiz Taip

GOLD Medal

2.

e-PRASMO 2.0

  1. Dr. Noor Saazai Mat Saad
  2. Dr. Haliza Harun
  3. Pn. Normazla Ahmad Mahir
  4. Pn. Zarina Ahikin Zakaria
  5. Pn. Norhaili Massari

GOLD Medal

3.

e-LI System

  1. Pn. Nooraini A. Manan
  2. Pn. Faeza Ramlay
  3. PTM

Silver Medal

4.

USIM MOOC (Bahasa Arab 1)

  1. Dr. Najwa Hayaati Mohd Alwi
  2. Dr. Nurkhamimi Zainuddin
  3. Pn. Manal Jusoh @ Mohamad Daud
  4. En. Muhammad Zarin Mislan
  5. En. Mohd Faizal Fuaad
  6. Pn. Nurhuda Ruzlan

Silver Medal

5.

USIM MOOC (Fiqh Ibadah & Munakahat)

  1. Dr. Najwa Hayaati Mohd Alwi
  2. Dr. Muhammad Aunurrochim Mas’ad Saleh
  3. Pn. Nabilah Yusof @ Abdul Rahman
  4. Dr. Mohamad Zaharuddin Zakaria
  5. Dr. Norfadhilah Mohamad Ali
  6. Pn. Nurhuda Ruzlan
  7. En. Mohd Faizal Fuaad
  8. En. Muhammad Zarin Mislan

Silver Medal

6.

GOALS Reporting Tools

  1. Cik Nursyakira Redzuan
  2. En. Mohamad Faiz Taip
  3. Cik. Inta Ros Safina Safri

Bronze Medal

7.

I-NASILM

  1. Dr. Najwa Hayaati Mohd Alwi
  2. Dr. Norasikin Fabil
  3. Pn. Nurul Fathihin Mohd Noor Shah
  4. En. Mu’azz Sahari

Bronze Medal

 

Selain penyertaan ke pertandingan dan anugerah, USIM juga telah dipilih sebagai tuan rumah bagi program IUCEL 2017. USIM juga telah memetrai memorandum persefahaman dengan penyedia platform Massive Open Online Course (MOOC) Kebangsaaan iaitu Syarikat Open Learning Global (M) Sdn. Bhd.

Program IUCEL merupakan kesinambungan program National University Carnival on e-Learning (NUCEL) yang telah dianjurkan pada tahun 2014 dan 2015. Program ini merupakan program tahunan yang diurus setiakan oleh Majlis Ketua-Ketua e-Pembelajaran Universiti Awam (MEIPTA). IUCEL 2016 dianjurkan dengan objektik untuk menggalakkan, meneroka, dan berkongsi amalan terbaik dan kepakaran global dalam aplikasi e-Pembelajaran dan teknologi pendidikan di institusi pengajian tinggi dari seluruh dunia. Pelbagai aktiviti disediakan antaranya pameran teknologi e-Pembelajaran, pembentangan amalan terbaik, technology update termasuk perisian, perkakasan, serta Sistem Pengurusan e-Pembelajaran (LMS) dan sistem sokongan e-Pembelajaran. Pameran daripada pihak industri juga diadakan sempena karnival ini.

22 September 2016
Ahmad Farid Mohd Jamal
GOAL-ITQAN

 

GAMBAR PROGRAM:

 

     Centre for Global Open Access Learning - 
     Immersive Technology & Quality Assurance (GOAL-ITQAN)
     Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
     71800 Bandar Baru Nilai, N.Sembilan, Malaysia
     E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
     Phone : +6067986042 / 6041