LAWATAN KERJA DARI UNIVERSITAS ISLAM INDONESIA

5 - 7 November 2016 (Sabtu - Isnin)
8.00 pagi - 5.00 petang
Galeri, Aras 1,  Bilik Mesyuarat LPU, Aras 5, Bangunan Canselori &
 
 

9 orang kakitangan Universitas Islam Indonesia (UII) telah hadir ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi menyertai Program Klinik Pakar P&P USIM, serta lawatan rasmi ke USIM. Klinik Pakar Pembelajaran dan Pengajaran USIM adalah program latihan dan perundingan yang dianjurkan oleh GOAL-ITQAN dengan objektif seperti berikut:

  1. Memahami konsep pendidikan abad ke-21
  2. Mempelajari kepelbagaian kaedah pengajaran
  3. Mempelajari perisian berasaskan web yang sesuai dalam proses pengajaran
  4. Mengenali perkakasan dan teknologi pendidikan terkini
  5. Menyediakan rekabentuk kandungan berfokuskan pelajar
  6. Memberi penumpuan terhadap elemen pedagogi dan teknologi dalam penghasilan kandungan pendidikan
  7. Menyediakan repositori bagi bahan-bahan pendidikan bersesuaian

Lawatan daripada Universiti Islam Indonesia diketuai oleh Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam; Dra. Sri Haningsih, manakala ketua urus setia UII adalah En. Supriyanto Abdi. Universitas Islam Indonesia merupakan universiti swasta yang ditubuhkan pada 8 Julai 1945 berpusat di Jogjakarta Indonesia. UII menempatkan lebih 246,790 orang pelajar, 8,581 kakitangan dengan 130 orang pengurusan tertinggi. UII mensasarkan untuk menjadi pusat rujukan pengembangan hukum Islam, pendidikan Islam, serta ekonomi Islam menjelang tahun 2030.

Bengkel dimulakan dengan majlis perasmian oleh Prof. Dr. Zulkiple Abd Ghani, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) USIM. Bengkel pertama (Powerful Web 2.0 for Foreign Language Blended Learning)  berfokus kepada aktiviti praktikal / hands-on, dengan pendedahan kepada beberapa perisian bantu mengajar seperti di bawah. Peserta juga didedahkan tentang kegunaan perisian ini dalam memudahkan pelajar mengulangkaji, berbincang dan memuat naik bahan pembelajaran, khususnya dalam pembelajaran Bahasa Arab.

  1. Kahoot
  2. Openlearning.com
  3. Google Drive
  4. Google Document
  5. Padlet
  6. Screen cast-o-matic
  7. Blendspace
  8. Whatsapp web

Bengkel kedua (Technogogy In Teaching & Learning) bersifat teori dan pemahaman kepada kepentingan pedagogi dalam penggunaan teknologi. Bengkel kedua turut memberi pendedahan kepada perkakasan bantu mengajar iaitu peranti Swivl.Peserta berpuas hati dengan gabungan teori dan praktikal yang diketengahkan di dalam bengkel ini, dan berhasrat untuk menyambung sesi bengkel ini dengan jumlah peserta lebih ramai di Indonesia.

Hari terakhir lawatan merupakan perbincangan memorandum persefahaman (MoA). Beberapa perkara pokok dibincangkan dan dipersetujui semasa pengemaskinian memorandum persefahaman (MoA) seperti berikut:

  1. Pihak UII akan menjemput panel Klinik Pakar P&P USIM untuk menjalankan siri Klinik P&P di UII, dengan kos pengangkutan dan penginapan panel yang dijemput ditanggung oleh UII.
  2. Penganjuran bersama program akademik, seminar, persidangan atau kolokium berfokus kepada inovasi pendidikan dan e-pembelajaran.
  3. Menganjurkan program pertukaran kakitangan dan pelajar.
  4. Perkongsian kepakaran dalam pembangunan kapasiti, kaedah pembelajaran berasaskan teknologi, serta keupayaan teknologi di UII.

Sesi diakhiri dengan lawatan ke Pejabat Bahagian Inovasi P&P GOAL-ITQAN dan Perpustakaan USIM.

 

 

7 November 2016
Ahmad Farid Mohd Jamal
GOAL-ITQAN

 

GAMBAR PROGRAM:

     Centre for Global Open Access Learning - 
     Immersive Technology & Quality Assurance (GOAL-ITQAN)
     Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
     71800 Bandar Baru Nilai, N.Sembilan, Malaysia
     E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
     Phone : +6067986042 / 6041