PENYERTAAN GIQ KE BENGKEL GAMIFIKASI

28 Disember 2016 (Rabu)
The Everly Hotel, Putrajaya
 

Seramai 14 peserta  hadir ke Sesi Perbincangan Gamifikasi Universiti Awam Malaysia Kali ke-2 (Bil.2/2016) yang diadakan pada 28 Disember 2016 di The Everly Hotel Putrajaya. Sesi Perbincangan ini dianjurkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dan Jawatankuasa Kerja (JKK) Gamifikasi MEIPTA. Peserta terdiri dari ahli MEIPTA dan wakil Universiti Awam Malaysia termasuk seorang wakil GOAL-ITQAN. Bengkel melibatkan 2 sesi iaitu, sesi perbincangan dan pembentangan, pembahagian kumpulan seperti berikut:

  • Kumpulan 1: Definisi Operasi dan Kerangka Gamifikasi UA
  • Kumpulan 2: Strategi dan Pelaksanaan Gamifikasi UA
  • Kumpulan 3: Perkembangan Profesional dalam Konteks Kualiti Kandungan, Bakat dan Pembudayaan
  • Kumpulan 4: Amalan Pembangunan Bahan Gamifikasi untuk PnP

Sesi perbincangan bagi kesemua 4 kumpulan telah menghasilkan draf garis panduan yang akan dimurnikan secara terperinci, dan akan dibentangkan dalam mesyuarat MEIPTA akan datang.

Mohamad Faiz Taip
Bahagian Inovasi Pembelajaran & Pengajaran GOAL-ITQAN

 

GAMBAR PROGRAM:

 

 

 

 

 

 

 

     Centre for Global Open Access Learning - 
     Immersive Technology & Quality Assurance (GOAL-ITQAN)
     Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
     71800 Bandar Baru Nilai, N.Sembilan, Malaysia
     E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
     Phone : +6067986042 / 6041