PERJUMPAAN KAKITANGAN GOAL-ITQAN 2017

17 April 2017 (Isnin)
9.00 pagi
Bilik Tayangan, Aras 3, Bangunan Perpustakaan

Seramai hampir 70 kakitangan telah bersama-sama dalam Program Perjumpaan Pengarah GOAL-ITQAN bagi tahun 2017. Sesi tahunan ini dianjurkan oleh Pejabat Pengarah dengan objektif untuk memberi ruang kepada Pengarah GOAL-ITQAN untuk menyampaikan hasrat pengurusan universiti, serta lain-lain maklumat berkaitan dengan halatuju USIM kepada semua kakitangan GOAL-ITQAN. Sesi ini juga dianjurkan dengan objektif untuk memberi ruang kepada kakitangan GOAL-ITQAN untuk menyuarakan hasrat dengan lebih terbuka kepada Pengurusan GOAL-ITQAN dan pengurusan universiti melalui Pejabat Pengarah GOAL-ITQAN.

Sesi dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan ucapan aluan daripada pengacara majlis. Majlis kemudiaannya diteruskan dengan ucapan daripada Prof. Dr. Rozhan M. Idrus selaku Pengarah GOAL-ITQAN. Dalam sesi ucapan ini, Dr. Rozhan mengucapkan selamat ulang tahun pertama kepada semua kakitangan GOAL-ITQAN. Beliau turut memaklumkan bahawa pihak pengurusan universiti amat berbangga dengan pencapaian dan usaha yang telah ditonjokan oleh GOAL-ITQAN pada sepanjang tahun 2016, dan berharap agar usaha ini diteruskan pada masa akan datang. Pengarah GOAL-ITQAN juga sempat memberikan peringatan tentang keikhlasan dalam melaksanakan tugas, dan menggesa agar semua kakitangan memperbetulkan niat agar kesemua urusan dilakukan untuk memperoleh keredhaan Ilahi. Dr. Rozhan kemudiannya menamatkan ucapan beliau dengan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan, selain melahirkan keterujaan untuk mencapai lebih banyak kejayaan dengan GOAL-ITQAN pada tahun 2017.

Sesi kemudiannya diteruskan dengan sesi sumbang saran dengan kakitangan GOAL-ITQAN. Beberapa cadangan dan pandangan telah direkodkan sepanjang sesi ini seperti berikut:

i)       Penyediaan buletin khas 1 tahun GOAL-ITQAN. Pengarah memohon agar ketua-ketua unit memberikan sumbangan artikel dan bahan kepada En. Ahmad Farid Mohd Jamal untuk kompilasi dan susun atur. Pengarah memohon agar terbitan khas ini dikeluarkan selewatnya pertengahan Mei 2017.
ii)      Wakil Bahagian Jaminan Kualiti Akademik & Akreditasi (AQAD) memohon agar pihak pengurusan universiti dan GOAL-ITQAN memandang serius keperluan kakitangan di AQAD. Pengarah memaklumkan bahawa pihak pengurusan sememangnya sedar tentang kepentingan AQAD dalam perjalanan akademik di USIM, dan beliau sedang meneroka alternatif untuk memperlihatkan kepentingan AQAD di USIM, selain akan melihat keperluan perjawatan di AQAD dari masa ke masa.
iii)     Wakil Bahagian Pembangunan ICT membangkitkan isu imej bangunan GOAL-ITQAN, dan memaklumkan bahawa pelawat sukar untuk mengenalpasti pejabat GOAL-ITQAN disebabkan nama bangunan masih kekal Bangunan PTM. Pengarah memaklumkan bahawa isu kewangan telah mambantutkan cadangan untuk mengubahsuai papan tanda bangunan. Namun beliau menegaskan cadangan ini masih kekal dan Pejabat Pengarah akan melihat alternatif kewangan untuk mempercepatkan proses penukaran papan tanda ini, termasuk kerja-kerja mengecat semula bangunan.
iv)     Wakil Unit Pengurusan Data memohon agar struktur perjawatan di unit ini dapat dilihat semula. Ini mengambil kira kakitangan yang ditempatkan di UPD adalah kakitangan wanita, dengan fungsi unit ini yang kebanyakannya melibatkan kerja-kerja fizikal. Beliau juga berharap agar penempatan UPD di Aras 1 Bangunan PTM dapat dipertimbangkan. Pengarah memaklumkan bahawa cadangan penempatan ini akan dibincangkan dengan pihak JPPF bersekali dengan perpindahann BIPP ke Bangunan PTM.
v)      Wakil Bahagian Pembangunan ICT membangkitkan isu perjawatan tetap, dan memaklumkan bahawa masih ada kakitangan skim F yang masih berstatus kontrak walaupun telah lebih 7 tahun berkhidmat di USIM. Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan dan Perkembangan ICT (BPPI) memaklumkan bahawa waran perjawatan dikawal oleh JPA dan adalah sukar untuk menjangka jumlah waran yang diberikan kepada USIM khususnya bagi skim F. Sehubungan itu, Pengarah GOAL-ITQAN menyarankan agar kakitangan meneroka peluang peningkatan kerjaya sepanjang tempoh perkhidmatan tersebut.

Pengarah GOAL-ITQAN menyambung dengan menggesa kesemua kakitangan untuk meneroka hubungan melalui MoA dan MoU sedia ada agar warga GOAL-ITQAN dapat mengetengahkan kepakaran masing-masing di peringkat global. Beliau turut menggesa kesemua kakitangan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi tidak kira status perjawatan. Majlis kemudiannya ditutup dengan beberapa pemakluman daripada pengerusi majlis, dan sesi bergambar. Majlis bersuarai jam 10.20 pagi

Disediakan oleh: Ahmad Farid Mohd Jamal

GAMBAR PROGRAM:

Gambar-gambar lain : https://www.facebook.com/bippgoalitqan/posts/1696039123745513

  PUSAT PEMBELAJARAN AKSES TERBUKA GLOBAL,
 TEKNOLOGI IMERSIF & JAMINAN KUALITI (GOAL-ITQAN)
 Universiti Sains Islam Malaysia
 Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai
 Negeri Sembilan
 No Tel : +606-798 6042
 No Fax: +606-798 6050