MAJLIS PENYERAHAN & PELANCARAN MODUL E-KAFA JAKIM

21 Jun 2017 (Rabu)

8.30 pagi

Auditorium Kompleks Islam Malaysia (JAKIM), Presint 3, Putrajaya

Jabatan  Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah membangunkan satu modul pembelajaran E-KAFA dengan krjasama USIM pada tahun 2015 dan projek ini telah selesai dibangunkan pada tahun 2016. Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) merupakan salah satu program pengukuhan asas Pendidikan Islam di peringkat rendah. 

Justeru itu, USIM yang diwakili oleh YBrs. Dr. Najwa Hayaati Mohd Alwi, Timbalan Pengarah GOAL-ITQAN telah dijemput oleh pihak JAKIM ke Majlis Penyerahan & Pelancaran Modul E-KAFA JAKIM di Auditorium Kompleks Islam Putrajaya pada 21 Jun 2017 yang lepas untuk menyerahkan modul E-KAFA dan seterusnya menerima sijil penghargaan daripada YBhg. Tan Sri Dato' Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM pada majlis tersebut tanda terima kasih dari pihak JAKIM kepada USIM dalam pembangunan modul E-KAFA JAKIM Tahun 2015-2016.

 

 

 

Disediakan oleh : Mohd Faiz Bin Taip

     Centre for Global Open Access Learning - 
     Immersive Technology & Quality Assurance (GOAL-ITQAN)
     Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
     71800 Bandar Baru Nilai, N.Sembilan, Malaysia
     E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
     Phone : +6067986042 / 6041