BAUCER STAF 1 NOTEBOOK (BS1N)

 

Baucer Staf 1 Notebook (BS1N) merupakan satu inisiatif yang diusahakan oleh Bahagian Infrastruktur ICT, GOAL-ITQAN dalam menyediakan bekalan notebook kepada kumpulan Pengurusan dan Pentadbiran yang merangkumi tenaga akademik dan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas bergred 41 dan ke atas dengan syarat yang ditetapkan.

Skim BS1N ini diperkenalkan bagi menyokong dan melaksanakan konsep BYOD (Bring Your Own Device) di USIM melalui pemberian baucer kepada staf yang layak mengikut Garis Panduan Penempatan Perkakasan ICT Mengikut Kumpulan Staf Bagi Keperluan Pentadbiran. Ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada staf yang layak dalam membekalkan kemudahan ICT mengikut kesesuaian dan keperluan khusus individu dalam memenuhi keperluan dan tuntutan kerja.

Melalui konsep BS1N ini, notebook yang diperolehi oleh staf akan menjadi hak milik kekal staf dan dalam masa yang sama menjimatkan kos penyelenggaraan yang ditanggung oleh Universiti. Nilai BS1N adalah sebanyak RM1,500.00 bagi tujuan perolehan notebook. Bagi tujuan perolehan, staf bolehlah menambah nilaian dengan peruntukan peribadi sekiranya jumlah perolehan melebihi nilaian BS1N. Pada tahun 2017, USIM memperuntukkan 33 baucer kepada pemohon yang layak berjumlah RM49,500.00.

  PUSAT PEMBELAJARAN AKSES TERBUKA GLOBAL,
 TEKNOLOGI IMERSIF & JAMINAN KUALITI (GOAL-ITQAN)
 Universiti Sains Islam Malaysia
 Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai
 Negeri Sembilan
 No Tel : +606-798 6042
 No Fax: +606-798 6050