LAWATAN KERJA KE CYBERSECURITY MALAYSIA

Pada 17 Ogos 2017, satu lawatan kerja ke Cyber Security Malaysia  yang diketuai oleh YBhg. Ir. Dr. Muhammad Fuad Abdullah, Ahli LPU USIM. Delegasi USIM terdiri daripada Pengarah GOAL-ITQAN, Dr Mohd Zalisham Jali, Timbalan Dekan FST, Dr Madihah Mohd Saudi, Timbalan Pengarah Infostruktur ICT, Pn Nooraini A. Manan, Timbalan Pengarah Infrastruktur ICT, Pn Khadijah Chamili. Turut serta di salam sesi lawatan kerja ini adalah delegasi daripada JAKIM.

Objektif lawatan kerja ini adalah untuk meninjau program keselamatan siber yang telah dijalankan oleh pihak Cyber Security Malaysia dan peluang kerjasama yang boleh dijalankan oleh pihak FST dan GOAL-ITQAN. Peluang pelajar USIM (FST) menjalankan latihan industri di Cyber Security Malaysia, mendapatkan khidmat latihan penyediaan dokumen ISMS, mendapatkan khidmat taklimat dan ceramah kesedaran keselamatan siber, mendapatkan perkhidmatan digital forensik dan lain-lain perkhidmatan keselamatan siber yang bersesuaian dari masa ke semasa.

GLOBAL OPEN ACCESS LEARNING , IMMERSIVE TECHNOLOGY & NETWORKS (GOAL-ITQAN)

Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai
Negeri Sembilan

NO TEL : 06.7986042    NO FAX : 06.7986050