PELANCARAN VIRTUAL LAB

Bahagian Infrastruktur ICT, GOAL-ITQAN dengan kerjasama Pusat Penyelidikan dan Persidangan (PPP) telah melancarkan perkhidmatan Virtual Lab yang menggunakan sepenuhnya platform Virtual Desktop Infrastructure (VDI) USIM. Buat pertama kali, Virtual Lab telah dibuka mulai 16 Ogos 2017 kepada semua penyelidik USIM bagi mendapatkan beberapa perisian penyelidikan seperti SPSS, Amos, StataSE dan Atlas ti. Melalui platform ini, memudahkan semua penyelidik USIM mendapatkan perisian penyelidikan secara online dan menyokong konsep BYOD secara keseluruhan. Bagaimanapun, jumlah pelesenan perisian penyelidikan yang ada masih terhad dan memerlukan penambahan dari masa ke semasa bagi menyokong penyelidikan di USIM

 

GLOBAL OPEN ACCESS LEARNING , IMMERSIVE TECHNOLOGY & NETWORKS (GOAL-ITQAN)

Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai
Negeri Sembilan

NO TEL : 06.7986042    NO FAX : 06.7986050