LAWATAN KERJA RASMI DARI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) KE GOAL-ITQAN, USIM

Pada 25 Oktober 2017 (Rabu), Universiti Malaysia Terengganu telah membuat Lawatan Kerja Rasmi ke GOAL-ITQAN yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama GOAL-ITQAN.

Lawatan tersebut telah dihadiri oleh 6 orang wakil dari Universiti Malaysia Terengganu dan 6 orang wakil dari GOAL-ITQAN yang dihadiri oleh wakil dari Bahagian Infrastruktur & Infostruktur ICT.

Objektif lawatan tersebut adalah untuk berkongsi pengalaman serta berkongsi ilmu berkenaan dengan pelaksanaan sistem universiti dan akademik serta perkhidmatan ICT yang dilaksanakan di USIM.

Sesi tersebut tamat pada 1.00 tengahari.

Sekian.

 

GLOBAL OPEN ACCESS LEARNING , IMMERSIVE TECHNOLOGY & NETWORKS (GOAL-ITQAN)

Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai
Negeri Sembilan

NO TEL : 06.7986042    NO FAX : 06.7986050