LAWATAN PENANDA ARAS KOLEJ POLY-TECH MARA KOTA BHARU KE BAHAGIAN MADAL HAYAH, GOAL-ITQAN

 

Tarikh 18 Disember 2017, Khamis bersamaan dengan 29 Rabiulawal 1439H, Bahagian Madal Hayah, GOAL-ITQAN telah menerima satu lawatan penanda aras daripada Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu, Kelantan yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, GOAL-ITQAN USIM. Taklimat dan sesi penerangan telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Madal Hayah iaitu YBrs. Dr. Nurkhamimi Zainuddin berkaitan sistem Open and Distance Learning (ODL).

Kolej Poly-Tech Mara KB yang diwakili oleh Puan Rosliha Bt Muhammad sebagai ketua di Jabatan Pengajian Umum dan Puan Nur Haslini Nasrul sebagai Penolong Pengarah di Unit Pembangunan Pembelajaran. Tujuan utama Kolej Poly-Tech Mara KB mengadakan lawatan ini adalah bertujuan sebagai penanda aras dalam sistem ODL di Bahagian Madal Hayah.

Kolej Poly-Tech berhasrat untuk menjadikan BMH sebagai sumber dan panduan mereka dalam membangunkan program yang berasaskan ODL. BMH juga berbesar hati untuk berkongsi maklumat yang berkaitan ODL supaya Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu Kelantan dapat menjadi perintis utama dalam kalangan Kolej Poly-Tech Mara di Malaysia dalam membangunkan program-program ODL serta menggapai hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi menjadikan Pendidikan di Malaysia lebih fleksibel.

Sekian

Ahmad Yussof Zainal Abidin

 

 

CENTRE FOR GLOBAL OPEN ACCESS LEARNING , IMMERSIVE TECHNOLOGY & QUALITY ASSURANCE (GOAL-ITQAN)

Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai
Negeri Sembilan

NO TEL : 06.7986042    NO FAX : 06.7986050