BENGKEL PENYEDIAAN DOKUMEN MS/ISO 27001:2013 ISMS USIM

 

Bengkel Penyediaan Dokumen ISMS USIM telah diadakan melalui 2 sesi iaitu :

SESI 1

Tarikh : 29 hingga 30 Januari 2018 (Isnin hingga Selasa)

Masa   : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat: Galeri HEP, Aras 1, Bangunan HEP,USIM

 

SESI 2

Tarikh : 2 Februari 2018 (Jumaat)

 Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat: VIP Lounge, Aras 6, Bangunan Canselori, USIM

 

GOAL-ITQAN telah menjemput wakil dari MAMPU iaitu Puan Azizah Sunar dan Puan Ita Nurazlin

untuk menjadi penceramah dan fasilitator untuk membantu dalam penyediaan dokumen ISMS tersebut.

Antara objektif bengkel ialah :

1. Membantu mengenapasti dan mengurangkan risiko keselamatan data di dalam  
    pengurusan keselamatan maklumat sesuatu agensi.

2. Melihat fungsi utama agensi sebagai skop ISMS agensi.

3. Skop ISMS USIM memfokuskan kepada sokongan pengajaran dan pembelajaran Universiti          Sains Islam Malaysia (USIM) yang merangkumi bahagian-bahagian berikut di GOAL-ITQAN          iaitu Bahagian Infostruktur ICT, Bahagian Infrastruktur ICT dan Bahagian Inovasi                      Pembelajaran dan Pengajaran.

 

MATLAMAT PROGRAM

Perlaksanaan ISMS di USIM adalah sangat wajar dilaksanakan memandangkan bilangan sistem aplikasi yang semakin bertambah serta ancaman keselamatan data yang berlaku akhir-akhir ini. Data-data operasi yang diperolehi melalui sistem aplikasi yang disediakan merupakan aset terpenting bagi Universiti. Dengan perlaksanaan ISMS ini, akan dapat membantu mengenalpasti risiko-risiko yang bakal wujud bagi setiap aset maklumat ini serta kaedah untuk mengawalnya dapat difikirkan.

Perunding MAMPU diperlukan memandangkan MAMPU merupakan agensi pengawal pelaksanaan ISMS Malaysia yang membekalkan sistem aplikasi atas talian seperti MyRAM dan MyISMS serta bimbingan daripada halatuju ISMS dan dan dokumen yang digunapakai oleh MAMPU dalam menyediakan ISMS dengan format yang dikawal oleh pihak MAMPU.

 

Sekian

Norsyafinaz Md Salleh

 

 

Untuk melihat lebih banyak lagi gambar sila klik sini

GLOBAL OPEN ACCESS LEARNING , IMMERSIVE TECHNOLOGY & NETWORKS (GOAL-ITQAN)

Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai
Negeri Sembilan

NO TEL : 06.7986042    NO FAX : 06.7986050