BENGKEL DIGITAL KAMPUS

13 FEBRUARI 2018 & 14 FEBRUARI 2018

Idea perlaksanaan Digital Kampus telah diketengahkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi di dalam Amanat 2018 di mana semua universiti awam di seluruh negara akan dijadikan sebagai kampus pintar atau kampus digital sepenuhnya bermula Jun 2018.

Menerusi langkah itu, semua kampus dijangka akan menggunakan teknologi kod respon pantas (QR Code) untuk urusan pentadbiran dan akses kepada kemudahan universiti.

Selain itu, ia merupakan salah satu daripada usaha pihak kemen­terian untuk menuju ke arah Re­vo­lusi Industri Keempat (Industri 4.0) yang memerlukan penggunaan teknologi terkini. Ini sangat bertepatan dengan Misi universiti untuk bertekad menjadi sebuah institusi ilmu terkehadapan yang berteraskan pengajian Islam dan menjadi peneraju ilmu baharu yang menggunakan teknologi terkini bagi menghasilkan inovasi yang mampu mentransformasikan negara, ummah dan manusia sejagat.

Sehubungan itu, selaras dengan amanat dari Menteri Kementerian pengajian Tinggi, pihak GOAL-ITQAN telah menganjurkan Bengkel Digital Kampus pada 13 Februari 2018 hingga 14 Februari 2018 yang lalu. 

Antara objektif utama ialah :

1. Meningkatkan pentadbiran pengurusan akademik dan pelajar serta menyediakan perkhidmatan yang lebih baik

2. Menyediakan persekitaran kampus tanpa tunai (cashless campus) dan pelbagai data dapat di

3. Membangunkan infostruktur sistem maklumat akademik yang komprehensif bagi membolehkan pihak pengurusan merancang, mengawal, memantau dan mengkoordinasi operasi harian dan pembuatan keputusan;

 

Untuk melihat lebih banyak lagi gambar sila klik sini

CENTRE FOR GLOBAL OPEN ACCESS LEARNING , IMMERSIVE TECHNOLOGY & QUALITY ASSURANCE (GOAL-ITQAN)

Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai
Negeri Sembilan

NO TEL : 06.7986042    NO FAX : 06.7986050