Lawatan Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB) UKM di GOAL-ITQAN

 

Tarikh 28 Mac 2018, Rabu bersamaan dengan 12 Rejab 1439H, GOAL-ITQAN telah menerima satu lawatan daripada Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB) UKM di Bangunan GOAL-ITQAN yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, GOAL-ITQAN USIM.

Lawatan itu telah dimulai dengan kata Aluan Pengarah Goal-Itqan iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Zalisham Bin Jali dan seterusnya perkongsian pengalaman perlaksanaan CloudDesk daripada pihak USIM.

Antara objektif lawatan kerja ini adalah :

1-     Untuk memberikan lebih banyak maklumat mengenai pengalaman menggunakan virtualisasi

2-     Untuk memberi peluang melawat makmal dan cara menguruskan makmal lebih cekap menggunakan CloudDesk dan mendapatkan hasil maksima dengan penjimatan kos.

Lawatan diakhiri dengan jamuan dan seterusnya lawatan ke Clickers, Bangunan Pusat Pengajian Teras, Lawatan ke Makmal Komputer VDI dan Bangunan MPG.

 

CENTRE FOR GLOBAL OPEN ACCESS LEARNING , IMMERSIVE TECHNOLOGY & QUALITY ASSURANCE (GOAL-ITQAN)

Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai
Negeri Sembilan

NO TEL : 06.7986042    NO FAX : 06.7986050