FUNGSI BAHAGIAN DI GOAL-ITQAN

BIL BAHAGIAN FUNGSI
1 PEJABAT PENGARAH

Mengurus dan mentadbir keseluruhan 6 Bahagian di GOAL-ITQAN :

  1. BAHAGIAN PENTADBIRAN
  2. BAHAGIAN INOVASI PEMBELAJARAN & PENGAJARAN
  3. BAHAGIAN JAMINAN KUALITI AKADEMIK & AKREDITASI
  4. BAHAGIAN MADAL HAYAH
  5. BAHAGIAN INFRASTRUKTUR ICT
  6. BAHAGIAN INFOSTRUKTUR ICT
2 BAHAGIAN PENTADBIRAN 

Diketuai oleh Timbalan Pendaftar Kanan dan setiap Bahagian diselaras oleh Penolong Pendaftar dan Pembantu Tadbir (P/O)

FUNGSI UTAMA :

1. Urusan Pentadbiran Pejabat

2. Urusan Perekodan dan Fail

3. Urusan Perolehan, Kewangan dan Bajet Mengurus.

4. Pengurusan aset

5. Pengurusan kualiti

6. Urusan penggunaan dan penempahan ruang di Bangunan GOAL-ITQAN

7. Urusetia Mesyuarat dan Jawatankuasa yang berkaitan.

8. Urusan kenderaan Jabatan

9. Urusan perjawatan

10.Lain-lain tugas pentadbiran berdasarkan skop di setiap Bahagian.

BAHAGIAN INOVASI PEMBELAJARAN & PENGAJARAN Diketuai oleh Timbalan Pengarah untuk menyelaras dan meneruskan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan bertaraf global dengan memanfaatkan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) sepenuhnya.

FUNGSI UTAMA :

1. UNIT SISTEM & LATIHAN E-PEMBELAJARAN

  • Menyediakan sistem LMS untuk kemudahan pembelajaran dan pengajaran kepada staf akademik dan pelajar secara bersemuka dan kendiri
  • Menyediakan latihan e-pembelajarn kepada staf akademik yang kompetitif
  • melatih dan menyediaa jurulatih (TOT) yang terlatih untuk melaksanakan program pembangunan pembelajaran dan pengajaran di setiap fakulti

2. UNIT PEMBANGUNAN KANDUNGAN DIGITAL

  • Membangunkan kandungan digital (bahan-bahan e-pembelajaran) dengan mengintegrasikan ilmu Naqli & Aqli mengikut acuan USIM selaras dengan Dasar e-Pembelajaran Negara (DEPAN)
 4 BAHAGIAN JAMINAN KUALITI AKADEMIK & AKREDITASI  Diketuai oleh Timbalan Pengarah untuk menyelaras Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang terbahagi kepada 3 kluster utama iaitu formal, tidak formal dan tidak rasmi.

FUNGSI UTAMA :

  1. Memastikan perancangan dan pelaksanaan PSH termasuk pengajian Jarak jauh (PJJ) memnuhi kualiti pembelajaran dan pengajaran yang telah ditetapkan serta menjadi medium untuk memajukan USIM dalam menjadi pusat rujukan Intergrasi Ilmu Naqli dan Aqli di peringkat serantau dan global
  2. Memastikan pembangunan kurikulum PSH sesuai dengan piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian, MQA dan Senat
  3. Memantau dan menganjurkan rekod laporan pelajar, aktiviti dan pencapaian kepada Kementerian, Universiti dan agensi berkaitan.
  4. Menyediakan rujukan. struktur, garis panduan atau mana-mana dokumen kajian yang berkaitan
  5. Menyelaras dan memantau keperluan sistem yang berkaitan pendaftaran, kewangan, pengurusan pembelajaran dalam talian dan peperiksaan.
  6. Menyelaras dan menyediakan keperluan pentadbiran (promosi, pengurusan data pelajar, keperluan sumber manusia dan keperluan kewangan)
  7. Menyelaras dan menyediakan keperluan akademik (bahan kursus, ceramah, jawatankuasa akademik yang berkaitan).
  8. Menganalisis, mengkaji semula dan meningkatkan kualiti pelaksanaan program.
  9. Membantu dalam menyediakan penyelidikan pasaran, cadangan dan mendapatkan kelulusan mengenai tawaran program PSH melalui LoI, MoU atau MoA.
 5 BAHAGIAN JAMINAN KUALITI AKADEMIK & AKREDITASI

Diketuai oleh Timbalan Pengarah untuk menyelaras proses kelayakan dan pengiktirafan program akademik. Bahagian ini merupakan saluran utama bagi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik, Jabatan Pendidikan Tinggi, KPT dalam urusan berkaitan penawaran program akademik baharu, akreditasi program dan dasar-dasar berkaitan Jaminan Kualiti Akademik.

FUNGSI UTAMA :

  1. Mengurus dan menyelaras proses jaminan kualiti program akademik
  2. Mengurus dan menyelaras proses pembangunan program akademik baru
  3. Mengurus dan menyelaras proses akreditasi program akademik.
  4. Memastikan proses semakan kurikulum dijalankan sebagaimana keperluan semasa yang ditetapkan.
  5. Mengurus dan menyelaras proses pengiktirafan program akademik dari agensi kerajaan dan badan profesional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  6. Sebagai urusetia dalam ”Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia” (SETARA).
  7. Memastikan data adalah komprehensif dan memenuhi keperluan MQA dan SETARA.
 6   BAHAGIAN INFRASTRUKTUR ICT

Diketuai oleh Timbalan Pengarah untuk menyelaras dan menyediakan perkhidmatan ICT yang meliputi infrastuktur ICT bagi menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pentadbiran Universiti. Terbahagi kepada 4 Unit:

1. UNIT OPERASI KHIDMAT PENGGUNA

FUNGSI UTAMA :

  • Pengurusan Aset ICT
  • Pengurusan Aduan ICT
  • Pemasangan Perisian Standard
  • Pengurusan Stor Alat Ganti
  • Pengurusan Myakrab, iBOARD & myDocs
  • Pengurusan Hebahan Portal Pelajar
  • Pengurusan Bengkel Baik Pulih ICT
  • Pengurusan Operasi Sistem Aplikasi Universiti
  • Pengurusan Kaunter ICT

2. UNIT RANGKAIAN DAN KESELAMATAN ICT

FUNGSI UTAMA :

  • Pengurusan Rangkaian Kampus Gigabit dan internet USIM
  • Pengurusan Rangkaian Asrama
  • Pengurusan Emel Rasmi USIM
  • Pengurusan Rangkaian Wireless Kampus USIM
  • Pengurusan Rangkaian CCTV dan Access Door
  • Pengurusan Stor Rangkaian

3. UNIT PUSAT DATA

FUNGSI UTAMA :

  • Pengurusan & penyelenggaraan server, storan, pangkalan data & bilik server
  • Pengurusan backup & recovery
  • Pengurusan keselamatan sistem aplikasi
  • Pengurusan data mining dan data warehouse

4. UNIT TEKNOLOGI PENGAJARAN & KOMUNIKASI

FUNGSI UTAMA :

  • Pengurusan Latihan Office 365
  • Pengurusan Emel Raudah
  • Pengurusan Sidang Video
  • Pengurusan Makmal Komputer
  • Pengurusan Learning Space
  • Pengurusan Smartclassroom
  • Pengurusan Perisian
  • Pengurusan Clouddesk

 

 7 BAHAGIAN INFOSTRUKTUR ICT  

Diketuai oleh Timbalan Pengarah untuk menyelaras dalam pembangunan sistem aplikasi Universiti bagi menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pentadbiran Universiti. Terbahagi kepada 7 Unit:

  1. Unit Projek Khas eKlinikal
  2. Unit Aplikasi Akademik & Pelajar
  3. Unit Aplikasi VOICES
  4. Unit Aplikasi Staf & Fasiliti
  5. Unit Aplikasi Kewangan & Perancangan Strategik
  6. Unit Aplikasi Sokongan Akademik & Pengurusan Portal
  7. Unit Pool Pembangunan ICT

FUNGSI UTAMA :

 

  • Bertindak sebagai Pengurus Projek bagi projek sistem aplikasi berkaitan dengan yang diluluskan samada dibangunkan secara dalaman atau pun melibatkan pihak pembekal.
  • Menguruskn perolehan sistem aplikasi berkaitan dengan projek sistem aplikasi.
  • Bertindak selaku urusetia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Projek (JPPICT)USIM.
  • Terlibat dengan projek penjanaan kewangan universiti berkaitan dengan sistem aplikasi.
  • Menyediakan latihan aplikasi berkaitan dengan sistem yang di bawah penyelarasan Bahagian Pembangunan ICT.
  • Terlibat dengan operasi utama universiti untuk perlaksanaan sistem seperti pendaftaran pelajar, pemilihan majlis perwakilan pelajar dan majlis konvokesyen.
  • Bertindak sebagai urusetia Dasar Pembangunan Sistem Aplikasi (DPSA) dan garis panduan berkaitan dengan aplikasi.
  • Bertanggungjawab untuk membantu penambahbaikan dan peluasan sistem aplikasi Universiti.

 

GLOBAL OPEN ACCESS LEARNING , IMMERSIVE TECHNOLOGY & NETWORKS (GOAL-ITQAN)

Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai
Negeri Sembilan

NO TEL : 06.7986042    NO FAX : 06.7986050