CITEF

CITEF merupakan kelab keluarga PTM yang mula ditubuhkan sejak 2011. Sejak Penubuhan GOAL-ITQAN, nama CITEF dikekalkan sebagai CITEF. Berikut adalah perlembagaan CITEF:

  1. Organisasi ini dinamakan sebagai Kelab Keluarga PTM yang seterusnya akan disebut sebagai CITEF
  2. Alamat rasmi urusan CITEF adalah di pejabat Pentadbiran GOAL-ITQAN, USIM
  3. Objektif CITEF adalah untuk menjadi platform kepada semua staf GOAL-ITQAN untuk mengadakan aktiviti kemasyarakatan, keagamaan dan kekeluargaan, menjaga kebajikan staf, memastikan kesinambungan interaksi dan kerjasama diantara unit di bawah GOAL-ITQAN.
  4. Yuran bulanan untuk ahli CITEF berdaftar akan diputuskan dalam setiap Mesyuarat Agung (jika dibangkitkan). Jika tidak dibangkitkan, jumlah yang diputuskan di dalam Mesyuarat Agung sebelumnya adalah diterima pakai.
  5. Mesyuarat Agung hendaklah diadakan 2 (dua) tahun sekali bagi:
    • Memilih pucuk pimpinan yang baru. AJK lama masih boleh terus memegang jawatan sekiranya dipersetujui, tetapi mestilah tidak lebih daripada 4 (empat) tahun.
    • Mengesahkan sebarang pindaan perlembagaaan.
    • Pengerusi berhak mengadakan mesyuarat di luar dari tempoh yang ditetapkan.
    • Mesyuarat Agung Luar Biasa
    • Mesyuarat Agung Luar biasa akan diadakan sekiranya perlu. Notis perlu dikeluarkan oleh Setiausaha Alumni dalam tempoh seminggu.
    • Mesyuarat Agung Luar Biasa memerlukan kehadiran 2/3 ahli Jawatankuasa Eksekutif.
    • Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh dipengerusikan oleh mana-mana ahli berdaftar yang dipilih.
  6. Kesemua perkara di atas adalah tertakluk kepada sebarang pindaan yang dianggap perlu oleh Jawatankuasa Eksekutif organisasi. Pindaan hanya dibuat setelah mendapat persetujuan dan pengesahan daripada 2/3 ahli yang hadir semasa Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar Biasa

Kemaskini: Mac 2017

 

     Centre for Global Open Access Learning - 
     Immersive Technology & Quality Assurance (GOAL-ITQAN)
     Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
     71800 Bandar Baru Nilai, N.Sembilan, Malaysia
     E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
     Phone : +6067986042 / 6041