Rangkaian

//Rangkaian

PERKHIDMATAN INTERNET UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Kampus Nilai

USIM telah melanggan TM Metro E dengan jalur lebar 20Mbps untuk menghubungkan Kampus Nilai ke Internet. Sambungan kedua internet menggunakan perkhidmatan SuperJaring dengan jalur lebar 16Mbps sedang diusahakan untuk dipasang dalam.

Kampus Pandan Indah

Kampus Pandan Indah dihubungkan ke Internet melalui kemudahan TM Direct dengan kelajuan 4Mbps.

TM Streamyx Asrama Kediaman

Pada masa ini terdapat perkhidmatan TM Streamyx 2Mbps disambung ke Pejabat Pengetua Asrama bagi membolehkan capaian aplikasi SMU dilakukan melalui Virtual Private Network. Perkhidmatan ini dikhaskan untuk kegunaan pejabat sahaja.

TM Streamyx Hotspot @ Asrama

Untuk capaian internet di Asrama, pelajar mempunyai pilihan untuk menggunakan perkhidmatan TM Streamyx HotSpot melalui kad Prabayar. Setakat ini kemudahan ini telah dipasang di Asrama Nilam Court, Asrama Desa Jati dan Asrama Acacia.

Perkhidmatan Internet USIM 2010

Pada masa kini, perkhidmatan jalur lebar internet USIM mempunyai kelajuan sebanyak 36Mbps. USIM mempunyai 2 ISP iaitu Jaring dan Telekom (TM). Kedua-dua ISP ini menggunakan kaedah yang dipanggil Metro-E.

Metro-E (Metro Ethernet) boleh dikenali seperti penerangan berikut – Metro-E is a cost effective and flexible service that allows you to upgrade to a higher bandwidth without incurring the costs of setting up new equipments or additional training. Based on the Carrier Class Ethernet industry standards, this technology helps eliminate barriers to efficiency, speed and performance by simplying networks and connecting people more efficiently.

ISP #1 iaitu Telekom (TM) mempunyai kelajuan sebanyak 20Mbps.

ISP # 2 iaitu Jaring mempunyai kelajuan sebanyak 16Mbps.

Unit Rangkaian juga senantiasa berusaha menambahbaik bekalan perkhidmatan Internet di USIM pada masa sekarang dan masa hadapan. Jumlah kelajuan internet di USIM akan sentiasa ditambah dari semasa ke semasa mengikut kepada keperluan dan kemampuan yang USIM miliki pada satu-satu masa.

Unit Rangkaian juga berharap para pengguna dapat menggunakan perkhidmatan internet USIM dengan sebaik-baiknya supaya ianya dimanfaatkan dengan baik dan bagi tujuan pekerjaan sahaja.

Pada dasarnya 70% kawasan dalam bangunan telah diliputi rangkaian wireless. Warga USIM perlu memasukkan ID dan password portal iStaff dan iStudent atau iPPS bagi menggunakan kemudahan internet wireless di USIM. Kaedah Single Sign On digunakan bagi memudahkan semua warga USIM mendapatkan kemudahan Internet tanpa wayar (wirelesss internet).

2018-10-11T13:10:06+00:00