F.A.Q

 DEFINITION :

  • OER

Open Educational Resources (OER) atau Bahan Pendidikan Terbuka adalah bahan dalam pelbagai bentuk media (doc, pdf, slide, video, animasi dll) yang boleh diakses terbuka secara atas talian.

  • OER@USIM

Open Educational Resources (OER)@USIM:

Bahan Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) terbuka yang berteraskan ilmu naqli dan aqli dalam pelbagai bentuk media (doc, pdf, slide, video, animasi dll) yang boleh diakses secara atas talian dan percuma.  OER@USIM boleh diakses melalui platform yang disediakan oleh USIM  seperti YouTube (USIMONLINE) dan Laman web OER (http://oer.usim.edu.my).

 

  • OCW

Open Course Ware (OCW) merujuk kepada sesuatu kursus/subjek (sepenuhnya atau sebahagian daripadanya) yang disediakan secara terbuka dan percuma kepada khalayak umum secara atas talian. Penawaran kursus/subjek ini tidak terikat dengan penawaran program pengajian.

  • OCW@USIM

Open Course Ware (OCW) @USIM merujuk kepada kandungan ilmu naqli dan aqli sesuatu kursus/subjek atas talian (sepenuhnya atau sebahagian daripadanya) yang disediakan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan boleh dicapai dengan meluas. Konsep yang diketengahkan adalah secara pembelajaran kendiri. Penawaran kursus/subjek ini tidak terikat dengan penawaran program pengajian di USIM. OCW boleh diakses melalui platform yang disediakan oleh USIM seperti Laman web OCW (http:// ocw.usim.edu.my).

 

  • MOOC

Massive Open Online Course (MOOC) merujuk kepada sesuatu kursus/subjek Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) secara atas talian yang membawa kredit untuk persijilan. MOOC mensasarkan jumlah pelajar berskala besar, mempunyai tempoh serta pengurus bagi membantu proses pembelajaran. MOOC mempunyai interaksi dan aktiviti P&P secara asynchronous dan synchronous.

  • MOOC@USIM

Massive Open Online Course (MOOC@USIM) merujuk kepada sesuatu kursus/subjek Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) yang mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli sepenuhnya secara atas talian yang disediakan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang membawa kredit untuk persijilan. MOOC mensasarkan jumlah pelajar berskala besar, mempunyai tempoh serta pengurus bagi membantu proses pembelajaran. MOOC mempunyai interaksi dan aktiviti P&P secara asynchronous dan synchronous. MOOC boleh diakses melalui platform yang disediakan oleh  USIM seperti Laman web MOOC (http:// mooc.usim.edu.my).

CONTACT US

     Learning & Teaching Innovation Division | Bahagian Inovasi Pembelajaran & Pengajaran
     GOAL ITQAN Building
     Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
     71800 Bandar Baru Nilai, N.Sembilan, Malaysia
     Tel : +606-798 8044 / 8226
     E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
mailto e-mail contact