Latihan GOALS (Blended Learning) untuk Kolej GENIUS Insan telah berlansung dengan jayanya pada 16 Disember 2019.

Latihan yang telah bermula jam 9 pagi hingga 5 petang, berobjektifkan :

  1. Untuk memberi pendedahan kepada pensyarah mencapai blended learning dalam pembelajaran dan pengajaran.
  2. Untuk membantu pensyarah membangunkan kursus dengan lebih interaktif.

Latihan ini telah dilengkapi dengan pelbagai modul untuk mencapai blended learning kursus dalam GOALS. Antara modul latihan adalah How to achieve 30% blended learning, aplikasi web 2.0, H5P dan alat bantu mengajar SWIVL yang berfungsi sebagai alat perakam yang membolehkan pensyarah untuk merakam aktiviti pembelajaran dan pengajaran di kelas mahupun di luar kelas.

 

Seramai 19 orang pensyarah Kolej Genius Insan telah hadir ke latihan GOALS (Blended learning) pada 16 Disember 2019.