PERKHIDMATAN INTERNET UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Kampus Nilai

USIM menggunakan perkhidmatan MYREN dengan kapasiti 2 Gbps untuk capaian ke internet.

Kampus Pandan Indah

Kampus Pandan Indah dihubungkan ke Internet dengan menggunakan talian internet dengan kapasiti 90 Mbps.

Kolej Kediaman

Pada masa ini terdapat perkhidmatan TM Unifi 10 Mbps disambung ke Pejabat Pengetua Asrama bagi membolehkan capaian aplikasi Sistem Maklumat Universiti (SMU) dilakukan melalui Virtual Private Network (VPN). Perkhidmatan ini dikhaskan untuk kegunaan pejabat sahaja.

Bagi menyokong aktiviti Pengajaran & Pembelajaran (P&P) secara atas talian, semua kolej kediaman dilengkapi dengan perkhidmatan wifi. Capaian tersebut boleh digunakan dengan menggunakan SSID iWISH dan login menggunakan akaun Istudent.